Pages

Saturday 2 November 2013

Terima Kasih Cikgu ! 。◕‿◕。

ASSALAMUALAIKUM

Hari nie ekin nak kongsi berita gembira. Nak tahu berita apa? Nie haa nak cerita pasal semalam, pasal sajak yang cikgu suruh buat tue. Semalam cikgu semak kami punya sajak yang berkisarkan tentang nelayan. Sajak tu kena buat untuk soalan pilihan dalam Bahagian A subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif untuk Penggal 3 nie. Soalan dalam Bahagian A ni ada dua soalan pilihan iaitu tanda pruf atau reka sajak. Selalu bila exam jer ekin mesti buat yang tanda pruf tue xpernah pun buat yang cipta sajak. Bila ada latihan dalam kelas ja baru buat. Lagi pun tanda-tanda pruf tu dah memang hafal dah dalam kepala. Kalau cipta sajak nie ekin cipta memang lama tambah bab nak cari tajuk lagi lah lama. Dah la masa nak cipta sajak tue cuma 45 minit ja, mana lah nak sempat buat kalau dah pikir idea pun lama kan. 

Dah berapa banyak latihan yang cikgu beri, semalam first time ekin dapat pujian dari cikgu taw. Cikgu bagi markah 20/25 dalam cipta sajak tue. Heee memang kembang setaman lah cikgu puji semalam. Cikgu cakap dah ada banyak peningkatan dan tak guna dah ayat cerita langsung. Selalu buat tue mesti ada ayat cerita ja. Heee TERIMA KASIH CIKGU !!! atas pujian tue. Senang hati ekin taw. Ekin rasa biasa-biasa ja sajak tue. Tambah-tambah bila tengok muka geng-geng yang selalu jeles dengan ekin tue mesti bertambah jeles lah diorang tue. HAHAHA *gelak jahat* Baru korang tahu betapa kuatnya aura aku, kan ND ? Hihihihi

Nah nie sajak ekin tue, korang bagi lah pandangan pulak. Selamat Membaca ! Selamat Menghayati !

Renungan Kehidupan 

Sepasang mata itu
Redup memerhati ku
Menceritakan perihal kehidupan
Menerbit sejuta persoalan
Memberi seribu petanda
Kepayahan mereka meneruskan hidup
Bertempur dengan gelora laut.

Di celah-celah kehidupan
Tak semua rezeki sama
Berperang aku di lautan
Itulah aku seorang nelayan
Peritnya kehidupan aku
Keluar tatkala dinihari
Pulang pabila sang suria
Melabuh tirai pelabuhan
Bersengkang mata itu
Bergadai waktu lena
Demi menyara insan tercinta
Biarpun terdampar di lautan.

Hari demi hari
Menjalani rutin harian
Memerah keringat tua
Biarpun dibanjiri renik peluh
Bahang dari mentari
Namun ia bukan penghalang
Demi mencari sesuap nasi
Menyara kehidupan serba naif
Keperitan pelita kehidupan
Pemangkin semangat kehidupan
Aku tak pernah lelah
Harungi semua ini
Itulah suratan takdir buatku.

Tatkala tengkujuh membadai
Aku hanya memerhati
Segala kewajipan terhenti
Lenyap di badai tengkujuh
Renungan itu menusuk kalbu
Buat aku merasa pilu
Dimana harus aku cari
Sesuap nasi buat mereka
Bingung aku memikirkan
Beratnya beban dipikul
Tatkala dibadai duri kehidupan.


Salam Sayang,
Tuan Punya Blog 
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ



No comments:

Post a Comment