Pages

Friday 15 November 2013

Berakhir Sudah !

ASSALAMMUALAIKUM.

Hari ni merupakan hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2013 dan juga hari terakhir aku bergelar sebagai seorang pelajar yang belajar di sekolah. Heh ? Apa lagi kalau bukan pelajar Pra-U. Selama lima tahun sebagai pelajar arus perdana, kini bertambah lagi setahun setengah sebagai pelajar pra-U. Jika dicampur, tolak, darab dan bahagi semuanya selama tujuh tahun. Satu jangka masa yang lama. Pelbagai ilmu yang telah ditimba disitu, pelbagai ragam rakan yang telah aku jumpa dan aku ketahui. Malah, kawan yang patut dijadikan kawan pun aku taw juga. Betapa berguna nya masa itu kepada aku. Bukan setakat kawan ja tapi ragam cikgu-cikgu pun aku taw juga. *Hahaha* 

Banyak kenangan yang aku dapat semasa bergelar pelajar pra-U. Susah senang bersama rakan sekelas bertungkus lumus siapkan PBS yang mana tak siap sampai ada yang tarik muka pun. Apa-apa pun itu semua dugaan dalam perhubungan kita selama setahun setengah nie. Kenangan kita aku takkan lupakan. InsyaAllah.

Malah, semalam juga aku telah selesai menduduki peperiksaan Penggal 3 untuk kesemua matapelajaran yang aku ambil. Fuhhh lega sudah. Lepas sudah satu beban yang ada. Cuma aku bertawakal saja lah dengan apa yang nak jadi dengan result aku nanti. Harap-harap tak ada lah yang kondem nanti. Kalau tak teruk lah nanti kena mengulang pulak. Haisyh ! >_< Terima kasih buat semua cikgu-cikgu aku yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh jayanya tanpa kenal erti lelah itu. Jutaan terima kasih aku ucapkan. Andalah jutawan Akhirat, InsyaAllah, terima kasih atas segala perkongsian ilmu  yang bermanfaat.

Akhir kata, selamat tinggal dunia persekolahan yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan bertanggungjawab dalam mengalas tugas yang diamanahkan. Juga selamat tinggal pada rakan-rakan ku yang lain. Selepas ini, haluan kita sudah berbeza. Segala kenangan antara kita akan ku jadikan memori terindah walaupun ada pahitnya. Mungkin suatu hari nanti kita boleh ceritakan kembali kenangan zaman persekolahan kita. Mungkin lah, itu pun andai umur masih panjang.





Salam Sayang,
Tuan Punya Blog.
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ.

No comments:

Post a Comment