Pages

Friday 15 November 2013

Berakhir Sudah !

ASSALAMMUALAIKUM.

Hari ni merupakan hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2013 dan juga hari terakhir aku bergelar sebagai seorang pelajar yang belajar di sekolah. Heh ? Apa lagi kalau bukan pelajar Pra-U. Selama lima tahun sebagai pelajar arus perdana, kini bertambah lagi setahun setengah sebagai pelajar pra-U. Jika dicampur, tolak, darab dan bahagi semuanya selama tujuh tahun. Satu jangka masa yang lama. Pelbagai ilmu yang telah ditimba disitu, pelbagai ragam rakan yang telah aku jumpa dan aku ketahui. Malah, kawan yang patut dijadikan kawan pun aku taw juga. Betapa berguna nya masa itu kepada aku. Bukan setakat kawan ja tapi ragam cikgu-cikgu pun aku taw juga. *Hahaha* 

Banyak kenangan yang aku dapat semasa bergelar pelajar pra-U. Susah senang bersama rakan sekelas bertungkus lumus siapkan PBS yang mana tak siap sampai ada yang tarik muka pun. Apa-apa pun itu semua dugaan dalam perhubungan kita selama setahun setengah nie. Kenangan kita aku takkan lupakan. InsyaAllah.

Malah, semalam juga aku telah selesai menduduki peperiksaan Penggal 3 untuk kesemua matapelajaran yang aku ambil. Fuhhh lega sudah. Lepas sudah satu beban yang ada. Cuma aku bertawakal saja lah dengan apa yang nak jadi dengan result aku nanti. Harap-harap tak ada lah yang kondem nanti. Kalau tak teruk lah nanti kena mengulang pulak. Haisyh ! >_< Terima kasih buat semua cikgu-cikgu aku yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh jayanya tanpa kenal erti lelah itu. Jutaan terima kasih aku ucapkan. Andalah jutawan Akhirat, InsyaAllah, terima kasih atas segala perkongsian ilmu  yang bermanfaat.

Akhir kata, selamat tinggal dunia persekolahan yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan bertanggungjawab dalam mengalas tugas yang diamanahkan. Juga selamat tinggal pada rakan-rakan ku yang lain. Selepas ini, haluan kita sudah berbeza. Segala kenangan antara kita akan ku jadikan memori terindah walaupun ada pahitnya. Mungkin suatu hari nanti kita boleh ceritakan kembali kenangan zaman persekolahan kita. Mungkin lah, itu pun andai umur masih panjang.





Salam Sayang,
Tuan Punya Blog.
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ.

Saturday 9 November 2013

Drama Playboy Itu Suami Aku? Biar Betul?!

ASSALAMMUALAIKUM.

Minggu depan dan mula cerita baru untuk slot Akasia yang kat tv3 tue. Drama Love You Mr. Arrogant tu dah habis hari khamis tadi. Jadi minggu depan dah mula cerita baru iaitu Playboy Itu Suami Aku? Biar Betul?!. Drama ni pun diadaptasi dari novel juga taw. Novel Playboy Itu Suami Aku? Biar Betul?! karya Suri Ryana. Nah itu dia cover untuk drama minggu depan. Diterajui oleh Fattah Amin sebagai Raja Adrian Benjamin aka King of Crocodile dan Nur Risteena sebagai Afina Aulia.





Jadi jangan lupa saksikan cerita ini di tv3 dalam slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 petang hingga 8 malam bermula 11/11/2013.

Salam Sayang,
Tuan Punya Blog,
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ.


Novel Playboy Itu Suami Aku? Biar Betul ! Karya Suri Ryana

ASSALAMMUALAIKUM


Sinopsis belakang novel :-

Siapa yang mahu bersuamikan seorang lelaki yang terang-terangan playboy? Bagi Afina, itu menyeksa diri sendiri namanya. Namun, dia disatukan jua dengan Adrian, King of Crocodile tetapi bersyarat. Masing-masing punya agenda tersendiri. Setelah terlibat dalam kemalangan,Afinasedar dari koma tetapi dia menghidap amnesia. Dia masih ingat keluarga dan rakan-rakannya,tetapi tidak suaminya. Tetapi, apa yang pasti dia tahu bahawa Adrian adalah playboy tersohor dengan gelaran King!

Bagi Adrian, Afina sekarang jauh berbeza dengan Afina yang dulu. Afina sekarang adalah seorang yang kasar dan tidak lagi mudah dibuli seperti dahulu. Mereka sering bertegang urat hingga akhirnya memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati mereka.

Saat mereka asyik menyulam cinta,Afina harus pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, stelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya,dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya itu? Apakah atau siapakah yang memisahkan mereka berdua?

Afina: Playboy itu suami aku?! Biar betul!
Adrian: Aku sudah tidak percayakan cinta. Sehinggakan aku membenci wanita. 
Lalu, aku terus patahkan hati seorang demi seorang.
Aku puas begitu. Sehinggalah aku sedar yang aku sudah jatuh cinta
untuk kali kedua.

Ni lah novelisnya. Kecik molek orangnya, Comel jer.



Harga RM 24.00 ( Sem.Malaysia)
          RM 27.00 (Sabah/Sarawak)
Eksklusif di POPULAR BOOKSTORE atau PENERBITAN KAKI NOVEL.

Salam Sayang,
Tuan Punya Blog,
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ.

Wednesday 6 November 2013

Final Exam !

ASSALAMMUALAIKUM

Esok dah bermulanya peperangan BESAR iaitu STPM bagi Penggal 3 bagi ekin.  Maka dengan esok (07/11/2013) akan bermulalah peperiksaan bagi subjek Pengajian Am (sidang pagi) dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif (sidang petang) untuk minggu ni. Sehari ada dua subjek tu. Then sambung pula pada minggu depan 13/11/2013 Rabu untuk subjek Bahasa Melayu dan terakhir pada hari Khamis 14/11/2013 untuk subjek Sejarah.  Ok, habis sudah untuk Penggal 3 punya exam. Fuhhh ! Lega lah sikit. 


TAPI.....

Ada lagi exam taw. Haaa! yang nie untuk yang reseat paper pulak. Nasib baik lah reseat paper hanya dua hari dan dua paper sahaja. 25/11/2013 untuk subjek Sejarah Penggal 1 dan 28/11/2013 untuk subjek Bahasa Melayu Penggal 2. Sesungguhnya memang berdebar sangat untuk reseat paper nie. Agak-agak soalan apa lah yang akan keluar nanti? hmmm. 

Oklah itu saja jadual peperiksaan ekin untuk bulan nie. Semoga diberi ketenangan untuk jawab peperiksaan. Semoga ALLAH SWT terangkan hati, tenangkan fikiran dan memudahkan ekin untuk menjawab semua soalan peperiksaan nanti. AMIN !!!

Kepada rakan-rakan seperjuangan STPM, semoga berjaya buat anda semua. Do the best ! Bitaufiq Wannajah :D Kita jumpa di IPT nanti, InsyaAllah.


Bila tak ingat akan sesuatu, gosok belakang tengkuk dan selawat. Then, pejam mata ingat kuasa Allah. InsyaAllah menjadi.. -via Ustaz Haron Din-

Salam Sayang,
Tuan Punya Blog.
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ.

Saturday 2 November 2013

Terima Kasih Cikgu ! 。◕‿◕。

ASSALAMUALAIKUM

Hari nie ekin nak kongsi berita gembira. Nak tahu berita apa? Nie haa nak cerita pasal semalam, pasal sajak yang cikgu suruh buat tue. Semalam cikgu semak kami punya sajak yang berkisarkan tentang nelayan. Sajak tu kena buat untuk soalan pilihan dalam Bahagian A subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif untuk Penggal 3 nie. Soalan dalam Bahagian A ni ada dua soalan pilihan iaitu tanda pruf atau reka sajak. Selalu bila exam jer ekin mesti buat yang tanda pruf tue xpernah pun buat yang cipta sajak. Bila ada latihan dalam kelas ja baru buat. Lagi pun tanda-tanda pruf tu dah memang hafal dah dalam kepala. Kalau cipta sajak nie ekin cipta memang lama tambah bab nak cari tajuk lagi lah lama. Dah la masa nak cipta sajak tue cuma 45 minit ja, mana lah nak sempat buat kalau dah pikir idea pun lama kan. 

Dah berapa banyak latihan yang cikgu beri, semalam first time ekin dapat pujian dari cikgu taw. Cikgu bagi markah 20/25 dalam cipta sajak tue. Heee memang kembang setaman lah cikgu puji semalam. Cikgu cakap dah ada banyak peningkatan dan tak guna dah ayat cerita langsung. Selalu buat tue mesti ada ayat cerita ja. Heee TERIMA KASIH CIKGU !!! atas pujian tue. Senang hati ekin taw. Ekin rasa biasa-biasa ja sajak tue. Tambah-tambah bila tengok muka geng-geng yang selalu jeles dengan ekin tue mesti bertambah jeles lah diorang tue. HAHAHA *gelak jahat* Baru korang tahu betapa kuatnya aura aku, kan ND ? Hihihihi

Nah nie sajak ekin tue, korang bagi lah pandangan pulak. Selamat Membaca ! Selamat Menghayati !

Renungan Kehidupan 

Sepasang mata itu
Redup memerhati ku
Menceritakan perihal kehidupan
Menerbit sejuta persoalan
Memberi seribu petanda
Kepayahan mereka meneruskan hidup
Bertempur dengan gelora laut.

Di celah-celah kehidupan
Tak semua rezeki sama
Berperang aku di lautan
Itulah aku seorang nelayan
Peritnya kehidupan aku
Keluar tatkala dinihari
Pulang pabila sang suria
Melabuh tirai pelabuhan
Bersengkang mata itu
Bergadai waktu lena
Demi menyara insan tercinta
Biarpun terdampar di lautan.

Hari demi hari
Menjalani rutin harian
Memerah keringat tua
Biarpun dibanjiri renik peluh
Bahang dari mentari
Namun ia bukan penghalang
Demi mencari sesuap nasi
Menyara kehidupan serba naif
Keperitan pelita kehidupan
Pemangkin semangat kehidupan
Aku tak pernah lelah
Harungi semua ini
Itulah suratan takdir buatku.

Tatkala tengkujuh membadai
Aku hanya memerhati
Segala kewajipan terhenti
Lenyap di badai tengkujuh
Renungan itu menusuk kalbu
Buat aku merasa pilu
Dimana harus aku cari
Sesuap nasi buat mereka
Bingung aku memikirkan
Beratnya beban dipikul
Tatkala dibadai duri kehidupan.


Salam Sayang,
Tuan Punya Blog 
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ



Friday 1 November 2013

Debaran November !

ASSALAMMUALAIKUM...

Sekarang ni dah masuk bulan November ! Diulangi November ya. Bermakna tinggal lagi sebulan kita bakal melangkah ke tahun baru iaitu 2014. Fuhhh ! cepatnya masa berlalu. Bak kata mama ekin "masa itu berlian" bukan nya emas dah. 


Bulan November ni juga merupakan bulan peperiksaan yang amat BESAR bagi ekin. Bulan nie dah nak exam STPM untuk Penggal 3. Jadi nie peperiksaan yang terakhir sebagai budak sekolah. 14 tahun menyandang jawatan sebagai budak sekolah taw. Bukan nya sekejap taw 14 tahun tue. 

Berdebar gila bila dah nak exam nie. 07 hb nie dah mula exam.Study pun x habis lagi. Macam mana nak jawab exam nanti lah. Hmmm. Lepas habis exam Penggal 3 ada pula yang exam Ulangan bagi Penggal 1 & 2. Yang nie pun ekin ada amik juga. Ulangan Sejarah untuk Penggal 1 dan Bahasa Melayu untuk Penggal 2.
Nasib baik lah lepas 2 minggu exam Penggal 3. Boleh lahh study lagi kan. 

Semoga dipermudahkan segala urusan ekin pada hari tue. Jadi korang doakan kejayaan ekin yea. Itu aja nak update. Hihihi

Salam sayang,
Tuan Punya Blog.

Monday 7 October 2013

Tetap Menantimu - Nomad

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


Drama Love You Mr. Arrogant!

Assalammualaikum,
Lamanya tak updates blog, huh dah bersawang tue.
Ok lah tak nak mukadimah panjang-panjang, nak bagi tahu tu ja. HIHI XD.



Haaa nie nak cerita pasal novel Love You Mr.Arrogant karya kak Alieysa Kirana yang didramakan tue. 

Novel yang nie lah
Drama nie dah mula ditayangkan dah di kaca tv anda-anda semua pada 25 September 2013. Drama LYMA nie setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 petang - 8.00 malam slot Akasia TV3. Pelakonnya terdiri daripada Azlee Khairi sebagai Zariel Irham dan Zara Zyya sebagai Zara Amirah.
Hero & Heroin.

Ada lagi pelakon lain tapi tak ingat lah pulak nama diorang tue, cuma kenal muka saja, lagipon malas nak search. HIHI. Tapi yang bestnya  lagu tema drama nie best taw. Tetap Menantimu by Nomad. Tak percaya cuba dengar. Best kan ?


Ok lah itu saja yang nak disampaikan. Jangan lupa dating depan kaca tv taw setiap hari isnin hingga khamis jam 7 petang di TV3.


Tuesday 4 June 2013

Hi June, Bye Mei

Assalammualaikum, Hai guys. Selamat Petang :)

Hmm hari nie dah masuk 04 jun. Jadi bulan mei dah berlalu pergi, maka tiba lah bulan Jun untuk melaporkan diri. (wahaha , ayat hiperbola betul) Bermakna tinggal lagi 6 bulan ja sebelum tamatnya tahun 2013. Maka status ekin sebagai pelajar PRA-U aka pelajar sekolah juga akan tamat. huhu sedih meh :( Apa-apa pun bulan-bulan yang terakhir nie kena fokus betul-betul, jangan main langsung kalau boleh lah. Sebab yang nie adalah penentu masa depan ekin. tinggal 6 bulan ja lagi. Mana nak buat PBS, mana nak repat paper lagi, nak exam lagi. haisyh memeningkan kepala betol lah. Rasa macam tak cukup masa saja. Okay lah nak bagi taw tu ja pun.

Bye, Assalammualaikum.

Friday 10 May 2013

Exam Oh Exam !!

Assalammualaikum. Selamat Pagi. Salam Jumaat..

Waaa dah hari jumaat dah hari ini. Jadi tinggal berapa hari jew lagi nak exam PENGGAL 2 nanti. Ada lebih kurang seminggu jew lagi. Adoii ! sempat kew nak study lagi masa tue, gamaknya kena marathon lah nanti.

STPM utk Penggal 2..

Exam start 20/5/13- 23/5/13, Isnin sampai Khamis. tapi hari Isnin tue tak da paper pun. yang ada cuma hari Selasa, Rabu dan Khamis. Hari Selasa yang parah tue dua subjek sekali walaupun pagi dan petang tetap juga rasa bahangnya. Pagi ada Pengajian Am, petang pulak ada Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Adoii, masalah, masalah, masalah. Hari Rabu ada Bahasa Melayu, hari Khamis pulak Sejarah, lepas tue horayyy lah lagi. boleh cover baca novel yang tertangguh tue pulak. hehehe

Jadual STPM Penggal 2

Minggu yang sebelum exam nie lah yang stress sangat nie, mana yang nak dibaca dulu pun tak taw lah. Walaupun hanya amik empat subjek jew tue pun susah nak hafal.

Macam nie lah agaknya kalau dah terlampau stres.

kalau macam nie pun boleh jadi jugak. hahaha
Tapi kalau boleh jangan lah stress, tengok macam nie..

Alangkah indahnya kalau tak ada exam kan ? mesti boleh jadi macam nie....


mesti yang ramai  yang better life kan?
TAK PUN MACAM NIE.....
kalau yang macam nie lagi ramai yang suka kan? 
Haaa ! tak payah nak berangan lah exam tue tak ada, kalau exam tue tak ada PBS (Pentaksiran berdasarkan sekolah) pulak ada. Kalau yang nie lagi lah kejam. langsung tak da masa nak baca buku langsung. Apa-apa pun All the best and good luck lah buat semua yang bakal menduduki peperiksaan yang tak lama lagi tue. 


nah lembu pun bagi semangat jugak.. so jangan malas-malas.


last but not least......
Insyaallah, semoga kejayaan milik kita semua. AMAL+DOA+TAWAKAL=KEJAYAAN.

*ilustrasi sumbangan ehsan dari Mr.Google


Sunday 28 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa di PWTC 2013 !!

Assalammualaikum, Selamat Petang !

Tengok tajuk kat atas tue pun dah taw apa yang berlaku kan,betul tak? Tak tahu? tipu lah tue.. tak baik taw menipu.. berdosa ! (tapi aku wat jugak, HAHA terpaksa jew tue) Okay lah berbalik pada tajuk yang kat atas tue. Wahhh! PBKL dah mula lah . bila mula sampai bila? nie haa dari 26/04 hingga 05/05/2013. Hari nie dah masuk hari ketiga taw! Tudiaa lama kan? lama lah jugak tapi sayang tak dapat pergi punn.. huwaaa sadis nya :( hanya mampu tengok jew lah derang post kat wall n group fb.. perkhh! sadis tol... Nie tengok banner kat bawah nie...



 


Dah ler banyak novel baru-baru yang baru keluar sekarang nie. Memandangkan duit yang ada sekarang nie ciput jew terpaksa ler berpuasa buat seketika dari membeli novel-novel nie. Adoii.. Tak percaya eh banyak novel baru ? Nah tengok pulak gambar kat bawah nie.

Tadaaa !!!
Tudiaa banyak kan? Sapa lah yang tak jeles bila tengok banyak macam nie.. Yang nie baru dari Karya Seni & Penulisan2u. Belum lagi dari penerbit-penerbit lain.

Novelis-novelis pulak ramai yang pergi. teringin nak p jumpa dengan derang semua.
Tapi yang paling excited sekali nak jumpa dengan Kak Zura Asyfar dan Kak Suri Ryana tue. Nak autograf derang berdua. Dah ler nak tunggu novel terbaru dari akak Suri Ryana tue punya lah lama.

      tak sabar nak tunggu sampai ke rumah. TQ kak Alyza bub tolong belikan PISA siap ada TT Kak Suri Ryana lagi tue.

Nie lah novelis PISA tue. cantik kan? sayang Kak Suri.. *muahh kiri kanan*
(maaf yea kak bub curi ganbar akak, hehe)

Okayy lah tue dah tak larat nak taip dah.. Selamat Malam. Assalammualaikum..
   

Tuesday 16 April 2013

Allamdulillah, selesai sudah.

Assalammualaikum . hai selamat malam.

Allhamdulillah hari nie dah selesai satu beban yang ada. Nak tahu beban apa ? Nie haa pembentangan Pengajian AM nie. Fuhh ! pagi tadi sebelum pembentangan tue punya lah cuak habes, macam-macam dah pikir. cikgu nak tnya soalan apa? agak-agak boleh jawab dak? nanti bentang cukup masa dop? cikgu paham dak nanti bila aku bentang tue? markah banyk tak cikgu bagi ?Haisyh -,- banyak sungguh persoalan yang berada di minda ( eh macam lagu Najwa Latiff lah pulak) . HAHA. abaikan yang tue. Dup dap dup dap punya tunggu akhir nya sampai juga giliran ambo kena buat pembentangan. Nie yang gabra + cuak habes nie. terang punya lah terang, alih-alih masa tamat. HEHE . naseb baik ngam-ngam jew habes tue. Tanya punya lah tanya, naseb baik boleh jawab. ingatkan soalan tu mencabar minda lah sangat , rupa nya kacang goreng jerh . Eh ada kew kacang goreng ? ada lah kudd noh. Kalau tak tahu search jew Pak cik Google tue hah tak pun guna Mak cik Yahoo. Mereka sedia membantu. Eh apa benda yang dok mengarut nie ! Tapikan agar-agar agak-agak lah kan cikgu bagi berapa yea markah untuk ambo ? Tapi apa-apa pun, berapa markah tue berserah jew lah kepada ALLAH. Sesunguhnya Dia yang merancang segalanya. Harap-harap markah tak menghampakan lah nuh.

Okayy, see u next time, sweet dream, assalammualaikum :D

Wednesday 10 April 2013

Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia !

Assalammualaikum ...

Wah novel Sebenarnya Saya Isteri Dia ( SSID ) karya kak Zura Asyfar dah dijadikan drama lahh . Best tuee . Boleh tengok sapa yang pegang watak Firash Arshad dan Syafa Aqira . dulu berangan jew watak diorang berdua tue tapi sekarang boleh lah tengok betul-betul . Real tue weyh ! Heee suka mehh ! .. Sekarang drama SSID nie dah start 29/03/2013 hari tue . kira dah dua minggu cerita tue di siarkan . Sekrang pun dah episod dua dah cerita tue . Drama SSID nie setiap hari Jumaat , jam 9 malam di TV3.. Para pelakon nya ialah Izzue Islam sebagai Firash Arshad aka heronya , manakala heroinya pula Tiz Zaqyah sebagai Syafa Aqira . Alololo comelnya tengok diorang nie berlakon bersama kan ? tambah-tambah abg izzue tue . dah lah hemsem ! comel pulak tue . aduhaiii ! nie tengok gambar diorang kat bawah nie ..


Okay lah tue jew gambar yang ada . sebernya ada lagi tapi nanti lah updates len . dah malas nak updates dah .. hihi .
okayy lah korang , byee , selamat petang , assalammualaikum ..

#p/s jgn lupa yea dating depan tv korang setiap hari jumaat , jam 9 di tv3.

Susah Senang Kita Bersama !

Allhamdulillah ! Lega sungguh bila kerja PBS Pengajian Am (PA) dah siap. Dah hantar pun seminggu yang lepas. setelah 2 minggu bersengkang mata menyiapkan kerja tersebut , lepas tue kena reject pulak. adoii ! sadiss nyer kena ! dah lah sampai blank otak punya pikir tak taw nak tambah patah perkataan kat mana bahagian dah. Sungguh memang menangis dah waktu tue. Tidur pun berapa minit jaa gara-gara nak siapakan kerja pbs tue. Pergi sekolah nasib baik maiantain jerh. Cuma member yang len muka tue macam-macam gaya gara-gara x cukup tidow. Alahai apadaa nasib kita kan . Tapi yang memang puji lah gengan kita semua nie memang bagus . Kita susah bersama. Ada yang tak siap or tak tahu member-member yang lain akan tolong. Wahh ! teserlah semangat bekerjasama di situ kan . Menangis pun bersama.  Nie lah nama nya  bersatu teguh , bercerai kita roboh .. Member-member kelas ekin memang terbaik lah . Hangpa memang terbaik lahh kawan ! i'm glad with all of u friends. Thanks you for being my friends . Sememangnya amat besar makna 'susah senang bersama' tue buat kita semua. Sungguh tak dapat diungkapkan bila dah selesai smua kerja PBS PA nie. Selama nie x pernah pun merasai nikmat apabila bekerjasama nie . tapi tahun nie kita dah buktikan yang semangat bekerjasama tue memang penting dalam kehidupan kita dan nikmat nya memang sukar untuk diungkapkan . Hanya orang yang bertuah sahaja mampu merasai nya. Jadi buat member-member ku Dia, Syuq, Dayah, Dayang, Atie, Atikah, Zaty, Anis, Azhar, Yan & Nasrul janji yea jangan ada seorang pun daripada kita yang nak berhenti daripada form 6 tue taw ! Kita bersama berjuang hingga akhir tahun nie . Kita sama-sama hadapi dugaan yang menimpa kita dengan tenang. Insyaallah kita mampu melakukan nya.


Tuesday 12 March 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME !


Happy Birthday To Me ! Happy Birthday To Me ! Happy Birthday To Me ! Happy Birthday To Me !
Wahhh ! hari nie 12/ 03/ 2013 bermakna dah 19 tahun rupanya. Allhamdulillah masih lagi dapat bernafas dibumi ALLAH SWT nie kan . Syukur sangat-sangat. Birthday tahun nie memang superb lah . Nak tahu sebab apa ? Tahun nie member-member kelas ekin semua celebrate birthday ekin . Perkhh ! terharunya ekin . Tapi sian kat depa konon nak bagi suprise tapi ter'kantoi' lah pulak . habes rahsia korang ekin tahu dah . Hahaha. First time ada orang yang sudi celebrate birthday ekin . Memang terharu giler . siap ada kek lagi . dah lah sambut kat kfc . Kena pulak kfc time tue tada orang lak , memang kfc tue kami yang punya lah . bergelak sakan .apa-apa pun memang terharu giler lah weh . korang buat ekin terdiam sampai tak taw nak kata apa dah .
Tapi yang sadis nya 'SI DIA' tue tak ingat pun birthday ekin . sampai hati awak buat saya macam nie . birthday awak ekin ingat jhaa . Awak lupa eh birthday ekin hari nie?
Tapi xpew lah ekin dah ada member yang tolong celebrate kan .betul tak ?
Jadi sempena umur yg ke 19 tahun nie ekin harap ekin dapat lah capai segala impian yang tak tercapai tue . Insyaallah . :)

Thursday 14 February 2013

Kini Kembali

Assalamualaikum . selamat malam yea . eh malam ?dah pagi pun ekin oii . dah jam 12 nie. 
Lama x jenggah blog nie . Rindu sudahh . hehe . almaklum lah sibuk bebenor skrg nie . mengalah kan PM jerh rasa nyer . hahaha . Dah lama tak update sempena tahun baru 2013 nie jd malam nie post yg pertama sempena tahun 2013 nie . Apa-apa pon Selamat Tahun Baru 2013 yea . ceh ! dah ketinggalan dah aku nie . apadaa. Mana tak ketinggalan asyik sibuk jerh .
Okay lah dah tak tahu nk post apa pagi-pagi nie ,nanti lah ada idea post lain , daa byee assalamualaikum , selamat malam !