Pages

Wednesday 12 December 2012

Nothing Special Happen !

ASSALAMULAIKUM...

Hari nie merupakan 12/12/12.. Ada apa dengan 12/12/12 nie?? Rasa nya xda apa yang menarik pun bagi ekin .. Bagi pandangan ekin lah, hanya sekadar tarikh aja .Macam tarikh yg selalu tue .  Nothing Special Happen ! Mungkin ada masyarakat di luar sana yg melangsungkan perkahwinan , bertunang , bernikah , menyambut kelahiran cahaya mata kew , meninggalkan dunia, ber'coupple' , bercerai (mungkin lah kud ). Ahh ! lantak korang lah nak buat apa pon dengan tarikh tue .. Janji x kacau ekin sudah . Ehh , mmg x kacau pon kan ? haha , apa lah ekin nie , mengarut aja ..


12/12/12 nie merupakan tarikh terakhir dalam tahun nie .
Sebab apa ? yealah lepas nie da xda dah tarikh se'cun' macam tue dah .
Lagi pon kalender kita kan hanya ada 12 bulan sahaja . Jadi tahun depan
dah 2013 . Xkan nak ada 13/13/13 lak kudd .. Semua tue xkan terjadi . Mustahil sekali !

Sebut pasal tarikh tue teringat pulak tentang sebuah filem Inggeris yg ada mengisahkan tentang tarikh 12/12/12 nie . Law x silap cerita tersebut ada menceritakan tentang kejadiaan kiamat yang bakal berlaku pada tarikh 12/12/12 nie . Nauzubillah ! Namun semua tue adalah ketentuan ALLAH SWT . Apa pon nak jadi Dia yang lebih berhak mengetahui bila . Selagi masa belum sampai waktunya , masih ada peluang untuk kita memperbaiki diri dan bertaubat kepada Sang Pencipta tersebut . Maka
adalah lebih baik kita beringat sebelum terlambat .

Monday 10 December 2012

Akhirnya Dapat juga , Yeah !

Assalamulakum .. Hai Semua . Selamat Malam ...

Sekarang mood dah okay dah .. Dah kurang dah perasaan sentap ! frust ! sedih & seangkatan dengan nya tue .Nie semua pasal result temuduga SPA tue lah . Wat sepoi aja .Ingatkan boleh dapat tapi hampeh ! huh ..

Sebenarnya ekin nak kongsikan berita gembira dengan hampa semua nie .. Nak tahu x ? Mesti lah nak tahu kan ? kan ? Cuba hampa semua tengok gambar yang kat bawah nie . Alah yang ada gambar novel tue . Nampak kan ? Haa .. jadi malam nie ekin nak cerita pasal novel tue lah yang membuatkan ekin ceria balik . pandai kawan ekin nie ajak ekin teman dia beli novel , teros berubah mood tue . hehe. Novel tue ekin baru jew beli beberapa jam yang lalu .  Cewah ! haha

 ♥ SEBENARNYA ,SAYA ISTERI DIA !  ♥

 Dah lama ekin cari novel nie .Dulu masa novel tue ada duit pulak xda .Almaklum lah pelajar lah katakan . kena pandai berjimat lagi . Haa sekarang nie baru dapat beli . Tue pon nasib baik ada potongan harga + kad ahli (pinjam mak sedara pnya ). Boleh lah beli .Lagipon tgh cuti sekolah mana lah nak ada duit sangat . setakat berapa jew ada . Orang lain mesti dah lama belikan . yea lah sebab novel nie dah lama di terbitkan dah . Kalau x silap bulan 3 tadi kudd . Mungkin lah . Kalau nak  harga nya RM 30.00 bagi Semenanjung Malaysia manakala Sabah & Sarawak RM 33.00 .Muka surat sebanyak 897 helaian.
 ♥ Muka hadapan nya  ♥

 ♥ Muka belakang & Sinopsis  ♥

Sinopsis nyer kalau hampa nak baca hampa tengok kat gambar atas tue .Kalau x nampak pandai-pandai lah hampa cari ikhtiar sendiri. dah malas nak taip dah . lagi pun , hampa semua beli jew lah novel nie kan senang .Jadi hak milik sendiri lagi senang kan .Okay lah hampa semua sampai situ saja lah . Lagipon ekin nak sambong baca lagi novel tue . x habes lagi taw.. hehe
Assalamulaikum & Selamat Malam Semua....

Tak Ku Sangka Tak Ku Duga

Assalamualaikum .. Hai blogger semua ..

Tengah hari tadi mood x berapa nak baik lah . Sedih jew .. Rasa macam nak nangis jew. Adoi ! (sedih bukan sebab putus chenta ok! ) Huh ! memang sentap habes lah .. Mana tak nya pagi tue cerah jew cuaca tetiba tngah hari tue teros hujan punya lebat . Tue lah kekusaan Allah kan , x da siapa yang boleh merancang. Hujan yang turun seakan-akan membawa petanda buruk jew . bagi ekin jew lah , bagi korang x lah kudd .
Okay lah meh sini nak crita knpa ekin rasa sentap sangat hari nie . Sebenarnya hari nie keluar keputusan temuduga SPA yang ekin dah pergi temuduga pada 19/10/2012 dulu tue . Jadi hari nie 10/12/2012 bersamaan dengan 26 Muharam 1434 Hijrah tamat lah penantian ekin selama 2 bulan nie.
Dengan semangat yang berkobar-kobar ekin teros masok ke laman portal SPA tue. Tapi bila dah siap masokkan IC kat tempat yang disediakan teros keluar macam nie ..


Kod Skim Jawatan
Tarikh Temu Duga
Keputusan Temu Duga
   4310
LATIHAN JURURAWAT
19/10/2012   
Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.
  
Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.


Aduh teros luluh hati nie bila tengok tue .Hampir menitis air mata nie . Punah segala harapan !
Ya ALLAH ! xdew kew keajaiban yang nak berlaku. Tolong lah ubah kenyataan tue .
Fuh ! Fuh ! (try jampi sat kud-kud boleh ubah ka )Namun apa kan daya, kalau dah nama kenyataan tue memang kenyataan lah .Dah x boleh nak ubah dah ! Dah x da rezeki nak buat macam mna , terima jew lah .Jadi terpaksa lah teruskan tingkatan 6 tue . Arghhhhhhhhhh , x nak !!!!!!!!
Alamatnya musnah juga harapan family ekin yg lain terutama sekali mama & ayah.
Tak kesampaian hajat mereka nak tengok ekin follow jejak langkah atam ekin tue . Hisyh ! x sampai hati la nak bagi taw mereka semua .Tapi nak buat macam mna dah bukan rezeki , jadi kena lah terima kenyataan nya ! Tapi kan law berdasarkan kenyataan tue selagi x sampai surat makna nya ada lagi harapan lah kan ? hehe

Sunday 9 December 2012

Harimau Malaya VS Gajah Putih

Assalamualaikum.. Hai korang semua ..
Entri malam nie pasai apa eh ?
Haaa ! Cuba hampa semua tengok tajuk di atas tue mesti dah tau pasai apa kan ..
Mestilah pasai bola kan ? kan ? kan ?
Okay memang nak cerita pasal bola pon .. hehe
Malam nie merupakan perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia VS Thailand
atau dalam erti kata lain Harimau Malaya VS Gajah Putih
sempena Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil..
Wah ! Wah ! syok tue , almaklum lah tuan punya blog nie pon merupakan 
salah seorang penyokong Harimau Malaya jugak . Cewah ! haha.
Errkk~ bolehkah Harimau Malaya kalahkan Gajah Putih tue ? kalau berdasarkan saiz memang lah tak boleh nak kalahkan . Tapi dengan ada nya semangat kesukanan yang tinggi dan kerjasama antara ahli kumpulan memang boleh lah nak menang tue .. Go Harimau Malaya Go !! 
Anak buah kendalian Datuk K Rajagopal mesti boleh punya lah kan . 
♥ Selamanya Harimau Malaya ♥
 
Perlawanan nie lah > Malaysia VS Thailand

Senarai pemain dan jurulatih 

Malangnya malam nie Wan Zack Haikal dan Shakir Ali tidak dapat diturunkan akibat kecederaan yang dialami oleh mereka berdua. Wan Zack Haikal mengalami kecederaan lutut semasa menentang PDRM hari tue . Aduh ! kesian sama Wan Zack Haikal & Shakir Ali . Mesti kempunan peminat depa dua nie nak tengok depa dua beraksi di atas padang malam nie kan ? haha . Tapi nak buat macam mna dah x da rezeki hampa lah tue . Sabar jew lah ...

Perlawanan malam nie memang amat sengit antara kedua-dua pasukan .Asakan demi asakan diberikan untuk memecahkan gawang pasukan lawan namun , tidak berjaya sehingga lah tamat separuh masa pertama .. ( eh ! dah mcm pengulas sukan lah pulak dah ) hahaha .
Aduh ! macam mana nie ? bila nak kasi gol nie ? Sabar k sabar .. Ada lagi separuh masa kedua tue.
Nampaknya keputusan seri 0-0 pada separuh masa pertama.

Permainan diteruskan lagi untuk separuh masa kedua pula . Kali nie rentak permainan memang dahsyat . Masing-masing mahu menyumbat gol untuk pasukan masing-masing . Nampaknya 
nasib menyebelahi pasukan Malaysia apabila Norshahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol untuk Malaysia pada minit ke 46. Yahoooo ! Gol ! Gol ! Gol ! Namun keriangan pasukan Malaysia tidak lama apabila pemain Thailand Teerasil Dangda menjaringkan gol buat Thailand pada minit ke 79. Jadi telah seri kedua-dua kumpulan ini  (1-1) . Haisyh ! asyik seri aja . Nie yang benci ni . Kalau seri mesti tipis harapan Malaysia nak tambah gol lagi nie . Malangnya jugak , jurulatih Thailand di arahkan untuk keluar padang kerana mengganggu konsentrasi pemain . Kan dah kena keluar padang , padan muka ! haha (gelak jahat ) . Asakan demi asakan dilakukan untuk menambah lagi gol , namun satu pon tidak berhasil. hurmmmm .....

Nie lah yg bagi gol tadi tue > Norsahrul Idlan Talaha

Akhirnya, tamat lah sudah perlawanan yg berlangsung selama 90 minit tue . Keputusan seri 1-1 sama bagi kedua-dua kumpulan . Malah , Malaysia akan berjumpa dengan Thailand lagi di Stadium Thailand pula pada 13 Disember nanti untuk separuh akhir kedua. Malaysia mesti dapat tekanan dari Thailand lagi nanti bila kat sana . Apapun Malaysia mesti boleh lakukannya semasa perlawanan nanti. Semoga kejayaan milik Malaysia (Harimau Malaya) .. AMIN !! Kami penyokong Harimau Malaya tak prnah berputus asa memberi semangat ! Go Malaysia Go ! ! !



Monday 3 December 2012

JOM TEROKAI PERAK

ASSALAMUALAIKUM ...

 Negeri Perak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan. Selain keunikan gua serta bukit batu kapur yang ada di sekeliling negeri itu, tarikan lain ialah seperti pantai, tasik, hutan, pulau dan tempat bersejarah. Sempena tahun melawat PERAK 2012 nie ekin nak kongsikan dengan anda-anda semua tentang tempat-tempat yang menarik yang ada di negeri Perak ini. 
Tahun Melawat Perak 2012
Antara tempat-tempat yang menarik :-



ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI,TAIPING

Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri. 
Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia. Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.
Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie.
Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini. 
Bagi mereka yang tidak mahu untuk berjalan tue anda juga boleh menaiki kereta api yang disediakan di dalam zoo tersebut. Malah mereka juga boleh memilih untuk melawat pada waktu siang atau pun malam .
Bayaran kemasukan adalah dewasa RM 16.00 manakala bagi kanak-kanak pula RM 10.00 (3-12 tahun ). Ia nya dibuka pada setiap hari pada jam 8 pagi -11 malam kecuali cuti umum .

ISTANA KELLIE'S , BATU GAJAH

Istana Kellie's atau Kellie's Castle ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah , Perak . 
Istana ini merupakan milik William Kellie Smith yang merupakan peladang getah yang terkenal dari British . 
Istana ini dibina pada tahun 1910. Istana ini dibina sebagi bukti cinta Smith terhadap isteri nya , Agnes. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Monghul di bandar Agra,India. Tukang binaan nya dibawa khas dari Madras.
Istana in juga dikatakan berhantu kerana tidak sempat disiapkan akibat kematian Smith secara mengejut lalu isteri bersama anaknya pulang kembali ke Scotland . 

 LOST WORLD OF TAMBUN,IPOH

Merupakan taman tema yang terbesar yang dibina di Perak selepas Bukit Merah Laketown Resort . Ianya hampir sama dengan Taman Tema Sunway Lagoon.  
Taman tema ini sangat sesuai untuk aktiviti beriadah bersama-sama ahli keluarga mahupun sahabat handai . 
Walaupun bayaran nya agak mahal tetapi agak berbaloi bagi mereka yang inginkan kepuasan yang berganda disini . 
Harga tiket kemasukan kesini ialah RM 38.00 bagi dewasa manakala bagi kanak-kanak RM 32.00 ( bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah ).
Tidak perlu ke Sunway Lagoon lagi untuk taman tema yg sebegini . 
Memang best lah !
MENARA JAM CONDONG , TELUK INTAN

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.
Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.
Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.
Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.
Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau.
Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

 GUA TEMPURUNG , GOPENG

Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM.
Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar. Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960.
Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970.


ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR

Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau kadangkala disebut juga Istana Tepas. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah. Istana yang berdinding kelarai berbumbung perabut lima dan perabut pisang sesikat ini telah dirancang pembinaannya selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926.
Tukang yang membuat istana ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai. Istana ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1931. Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 (1918-1938) telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negera, iaitu istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang).Dalam tahun 1933, apabila Istana Iskandariah siap dibina,Sultan Iskandar Shah telah berpindah ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana Tepas diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak. Nama Istana Kenangan hanya bermula pada tahun 1960 an, iaitu selepas istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia.
Pada 16 November 1986, setelah dipelihara, Istana Kenangan dengan rasminya dijadikan Muzium Di Raja Perak hingga ke hari ini.









TAMAN TASIK TAIPING , TAIPING 

Taman Tasik Taiping merupakan  kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman Tasik ini dibuka pada tahun 1880 . Zoo Taiping terletak dikawasan taman tasik ini .Keluasan taman tasik di Taiping ini mencapai hingga 62 hektar .Taman tasik ini merupakan yang pertama dibangunkan sebagai laman rekreasi di Tanah Melayu. Kedudukan nya berdekatan dengan Bukit Larut . Kerajaan telah mengiktirafkannya sebagai taman awam yang terindah di Malaysia dalam Program Bersih dan Indah 1996.

*Jadi bagi sesiapa yang datang melawat Perak nie jangan ketinggalan melawati semua tempat
yang ada di negeri Perak nie . Memang rugi law tak datang melawat terutama sekali ke
Taman Tasik Taiping tue . Rugi gila beb ! hahaha .