Friday, 10 January 2014

Selamat Datang 2014 !

ASSALAMUALAIKUM.


Ohayoo-gozamisu ! Selamat Pagi ! Salam Jumaat penuh barakah. Hujan pun masih lebat lagi. Wah ! dah lama tak update blog. Hari ni dah masuk hari kesepuluh dari 365 hari. Sekejap jer masa berlalu. Tapi belum terlambat lagikan nak ucap selamat tahun baru. Jadi SELAMAT TAHUN BARU 2014 warga blogger. Semoga tahun ini membawa keberkatan dalam hidup dan apa yang diimpikan tercapai kelak. Amin ! Tahun baru, azam pun mesti baru jugak kan? Azam aku sentiasa sama dari dulu sampai sekarang, tapi tak dapatlah nak kongsi dengan korang semua. Biarlah rahsia bak kata Dato Siti. Cewah ! Haha.

Tahun ni aku dah habis sekolah, so jadi pembantu rumah je lah kat rumah sendiri. Pun boleh jugak kan? Bersih rumah aku, hari hari aku kemas. Dah tak ada komitmen ni hari hari aku baca novel sampai lebam. Disebabkan duit pun tak berapa nak ada jadi pinjam saja lah kat kawan-kawan tak pun baca online saja tak pun ulang baca balik mana novel yang lama lama dulu tu.



Itu rezeki tahun baru. Ketot yang bagi. Arigatoo-gozaimasu Ketot! Nah dah cakap Jepun tu aku. Motif dia ? Dia kata nanti boleh p Jepun sesama dengan dia. Jadi dia suruh aku belajar dari sekarang. Lagipun dia kata dari aku tak ada kerja nak buat sementara jadi penanam anggur yang tak berbuah tu gara-gara tunggu result STPM keluar baik baca buku tu. Boleh tambahkan ilmu pengetahuan dan ada juga faedahnya daripada aku dok melangut tengok tv, layan fb dan tweet tu. Walaweh makan dalam ayat kau tu wahai Ketot. Terima kasih lah sebab sudi beli dan hantar buku tu kat aku, dah la jauh pulak nak datang sini. Susahkan kau je. Padahal aku main-main je minta kau ajarkan sebab kau pun belajar bahasa tu jugak kan, tapi tak sangka pulak sampai kau sanggup pergi beli buku tu. Baik lah jugak kau kan, aku ingat reti buli aku ja.

Ok lah itu saja untuk permulaan tahun baharu ni. Nanti ada masa kita update lagi. Mata atode, Sayoonara (jumpa lagi kemudian, selamat tinggal)
Salam Sayang,
Tuan Punya Blog 
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ.