Pages

Monday 3 December 2012

JOM TEROKAI PERAK

ASSALAMUALAIKUM ...

 Negeri Perak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan. Selain keunikan gua serta bukit batu kapur yang ada di sekeliling negeri itu, tarikan lain ialah seperti pantai, tasik, hutan, pulau dan tempat bersejarah. Sempena tahun melawat PERAK 2012 nie ekin nak kongsikan dengan anda-anda semua tentang tempat-tempat yang menarik yang ada di negeri Perak ini. 
Tahun Melawat Perak 2012
Antara tempat-tempat yang menarik :-



ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI,TAIPING

Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri. 
Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia. Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.
Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie.
Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini. 
Bagi mereka yang tidak mahu untuk berjalan tue anda juga boleh menaiki kereta api yang disediakan di dalam zoo tersebut. Malah mereka juga boleh memilih untuk melawat pada waktu siang atau pun malam .
Bayaran kemasukan adalah dewasa RM 16.00 manakala bagi kanak-kanak pula RM 10.00 (3-12 tahun ). Ia nya dibuka pada setiap hari pada jam 8 pagi -11 malam kecuali cuti umum .

ISTANA KELLIE'S , BATU GAJAH

Istana Kellie's atau Kellie's Castle ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah , Perak . 
Istana ini merupakan milik William Kellie Smith yang merupakan peladang getah yang terkenal dari British . 
Istana ini dibina pada tahun 1910. Istana ini dibina sebagi bukti cinta Smith terhadap isteri nya , Agnes. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Monghul di bandar Agra,India. Tukang binaan nya dibawa khas dari Madras.
Istana in juga dikatakan berhantu kerana tidak sempat disiapkan akibat kematian Smith secara mengejut lalu isteri bersama anaknya pulang kembali ke Scotland . 

 LOST WORLD OF TAMBUN,IPOH

Merupakan taman tema yang terbesar yang dibina di Perak selepas Bukit Merah Laketown Resort . Ianya hampir sama dengan Taman Tema Sunway Lagoon.  
Taman tema ini sangat sesuai untuk aktiviti beriadah bersama-sama ahli keluarga mahupun sahabat handai . 
Walaupun bayaran nya agak mahal tetapi agak berbaloi bagi mereka yang inginkan kepuasan yang berganda disini . 
Harga tiket kemasukan kesini ialah RM 38.00 bagi dewasa manakala bagi kanak-kanak RM 32.00 ( bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah ).
Tidak perlu ke Sunway Lagoon lagi untuk taman tema yg sebegini . 
Memang best lah !
MENARA JAM CONDONG , TELUK INTAN

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.
Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.
Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.
Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.
Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau.
Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

 GUA TEMPURUNG , GOPENG

Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM.
Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar. Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960.
Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970.


ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR

Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau kadangkala disebut juga Istana Tepas. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah. Istana yang berdinding kelarai berbumbung perabut lima dan perabut pisang sesikat ini telah dirancang pembinaannya selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926.
Tukang yang membuat istana ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai. Istana ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1931. Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 (1918-1938) telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negera, iaitu istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang).Dalam tahun 1933, apabila Istana Iskandariah siap dibina,Sultan Iskandar Shah telah berpindah ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana Tepas diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak. Nama Istana Kenangan hanya bermula pada tahun 1960 an, iaitu selepas istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia.
Pada 16 November 1986, setelah dipelihara, Istana Kenangan dengan rasminya dijadikan Muzium Di Raja Perak hingga ke hari ini.









TAMAN TASIK TAIPING , TAIPING 

Taman Tasik Taiping merupakan  kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman Tasik ini dibuka pada tahun 1880 . Zoo Taiping terletak dikawasan taman tasik ini .Keluasan taman tasik di Taiping ini mencapai hingga 62 hektar .Taman tasik ini merupakan yang pertama dibangunkan sebagai laman rekreasi di Tanah Melayu. Kedudukan nya berdekatan dengan Bukit Larut . Kerajaan telah mengiktirafkannya sebagai taman awam yang terindah di Malaysia dalam Program Bersih dan Indah 1996.

*Jadi bagi sesiapa yang datang melawat Perak nie jangan ketinggalan melawati semua tempat
yang ada di negeri Perak nie . Memang rugi law tak datang melawat terutama sekali ke
Taman Tasik Taiping tue . Rugi gila beb ! hahaha .

No comments:

Post a Comment