Pages

Sunday 9 December 2012

Harimau Malaya VS Gajah Putih

Assalamualaikum.. Hai korang semua ..
Entri malam nie pasai apa eh ?
Haaa ! Cuba hampa semua tengok tajuk di atas tue mesti dah tau pasai apa kan ..
Mestilah pasai bola kan ? kan ? kan ?
Okay memang nak cerita pasal bola pon .. hehe
Malam nie merupakan perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia VS Thailand
atau dalam erti kata lain Harimau Malaya VS Gajah Putih
sempena Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil..
Wah ! Wah ! syok tue , almaklum lah tuan punya blog nie pon merupakan 
salah seorang penyokong Harimau Malaya jugak . Cewah ! haha.
Errkk~ bolehkah Harimau Malaya kalahkan Gajah Putih tue ? kalau berdasarkan saiz memang lah tak boleh nak kalahkan . Tapi dengan ada nya semangat kesukanan yang tinggi dan kerjasama antara ahli kumpulan memang boleh lah nak menang tue .. Go Harimau Malaya Go !! 
Anak buah kendalian Datuk K Rajagopal mesti boleh punya lah kan . 
♥ Selamanya Harimau Malaya ♥
 
Perlawanan nie lah > Malaysia VS Thailand

Senarai pemain dan jurulatih 

Malangnya malam nie Wan Zack Haikal dan Shakir Ali tidak dapat diturunkan akibat kecederaan yang dialami oleh mereka berdua. Wan Zack Haikal mengalami kecederaan lutut semasa menentang PDRM hari tue . Aduh ! kesian sama Wan Zack Haikal & Shakir Ali . Mesti kempunan peminat depa dua nie nak tengok depa dua beraksi di atas padang malam nie kan ? haha . Tapi nak buat macam mna dah x da rezeki hampa lah tue . Sabar jew lah ...

Perlawanan malam nie memang amat sengit antara kedua-dua pasukan .Asakan demi asakan diberikan untuk memecahkan gawang pasukan lawan namun , tidak berjaya sehingga lah tamat separuh masa pertama .. ( eh ! dah mcm pengulas sukan lah pulak dah ) hahaha .
Aduh ! macam mana nie ? bila nak kasi gol nie ? Sabar k sabar .. Ada lagi separuh masa kedua tue.
Nampaknya keputusan seri 0-0 pada separuh masa pertama.

Permainan diteruskan lagi untuk separuh masa kedua pula . Kali nie rentak permainan memang dahsyat . Masing-masing mahu menyumbat gol untuk pasukan masing-masing . Nampaknya 
nasib menyebelahi pasukan Malaysia apabila Norshahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol untuk Malaysia pada minit ke 46. Yahoooo ! Gol ! Gol ! Gol ! Namun keriangan pasukan Malaysia tidak lama apabila pemain Thailand Teerasil Dangda menjaringkan gol buat Thailand pada minit ke 79. Jadi telah seri kedua-dua kumpulan ini  (1-1) . Haisyh ! asyik seri aja . Nie yang benci ni . Kalau seri mesti tipis harapan Malaysia nak tambah gol lagi nie . Malangnya jugak , jurulatih Thailand di arahkan untuk keluar padang kerana mengganggu konsentrasi pemain . Kan dah kena keluar padang , padan muka ! haha (gelak jahat ) . Asakan demi asakan dilakukan untuk menambah lagi gol , namun satu pon tidak berhasil. hurmmmm .....

Nie lah yg bagi gol tadi tue > Norsahrul Idlan Talaha

Akhirnya, tamat lah sudah perlawanan yg berlangsung selama 90 minit tue . Keputusan seri 1-1 sama bagi kedua-dua kumpulan . Malah , Malaysia akan berjumpa dengan Thailand lagi di Stadium Thailand pula pada 13 Disember nanti untuk separuh akhir kedua. Malaysia mesti dapat tekanan dari Thailand lagi nanti bila kat sana . Apapun Malaysia mesti boleh lakukannya semasa perlawanan nanti. Semoga kejayaan milik Malaysia (Harimau Malaya) .. AMIN !! Kami penyokong Harimau Malaya tak prnah berputus asa memberi semangat ! Go Malaysia Go ! ! !



No comments:

Post a Comment