Pages

Wednesday 17 September 2014

Universiti Malaysia Sabah.

Assalamualaikum. Selamat Petang. Lama dah kan tak update blog biru pink ni. Sibuk saja kerjanya. Tambah pulak sekarang dah jadi student ni, lagi la bertambah sibuk. Ekin sekarang dah jadi warga Sabah. Phewww jauh kan ?Dari Perak ke Sabah. Terbang merentasi Laut China Selatan lagi tu. Ekin dah jadi mahasiswi Universiti Malasia Sabah. Allhamdulillah masih diberi peluang untuk menuntut ilmu biarpun terpaksa berjauhan dengan keluarga. First time taw ni ! Hari pertama datang sini dah rindu family semua, Hari-hari nangis terkenangkan semua ni. Tambah pula bila minggu orentasi tu lagi la sedih. Dua minggu beradu ayaq mata taw, terutama sekali bila mama n ayah call. Automatik mengalir ja ayaq mata tu. Tak pernah jadi cengeng sampai macam tu sekali. So far hari ni dah ok sikit. 

Nak sesuaikan diri dengan life mereka d sini memang ambil masa. Sekarang pun masih dalam proses lagi. Tambah lagi dengan peredaran waktu disni. Di sini waktu pagi dan malam nya lebih awal dari Semenanjung. Rasanya awal satu jam mungkin. Jadinya kehidupan kat Semenanjung tu berubah seratus percent bila sampai di bumi Sabah ni. Makanan mereka, cara hidup mereka memang berbeza. 

Untungnya bila datang sini, ekin dapat tengok dan kenali pelbagai suku kaum yang ada di Sabah ni secara depan mata. Jika dahulu hanya mampu lihat dalam tv n surat khabar saja. Di Semenanjung memang susah nak jumpa. Itu satu pengalaman pertama yang baru bagi ekin kat sini. Ajaib bukan ? Langsung tak pernah terpikir nak datang sini dan rasai pengalaman tu. Sungguh hebat pencaturan Allah untuk umatnya. Allahu. 

Ok lah itu saja coretan ekin untuk petang ni. Nanti ada masa ekin update lagi. Salam kerinduan buat ayah, mama, adik-adik dan saudara mara d kampung sana dari anakda yang jauh dimata tapi tetap di hati kalian semua. Semoga semua sentiasa berada dalam perlindungan-Nya. 





Salam Sayang, 
Tuan Punya Blog.


No comments:

Post a Comment