Pages

Saturday, 9 November 2013

Drama Playboy Itu Suami Aku? Biar Betul?!

ASSALAMMUALAIKUM.

Minggu depan dan mula cerita baru untuk slot Akasia yang kat tv3 tue. Drama Love You Mr. Arrogant tu dah habis hari khamis tadi. Jadi minggu depan dah mula cerita baru iaitu Playboy Itu Suami Aku? Biar Betul?!. Drama ni pun diadaptasi dari novel juga taw. Novel Playboy Itu Suami Aku? Biar Betul?! karya Suri Ryana. Nah itu dia cover untuk drama minggu depan. Diterajui oleh Fattah Amin sebagai Raja Adrian Benjamin aka King of Crocodile dan Nur Risteena sebagai Afina Aulia.





Jadi jangan lupa saksikan cerita ini di tv3 dalam slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 petang hingga 8 malam bermula 11/11/2013.

Salam Sayang,
Tuan Punya Blog,
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ.


Novel Playboy Itu Suami Aku? Biar Betul ! Karya Suri Ryana

ASSALAMMUALAIKUM


Sinopsis belakang novel :-

Siapa yang mahu bersuamikan seorang lelaki yang terang-terangan playboy? Bagi Afina, itu menyeksa diri sendiri namanya. Namun, dia disatukan jua dengan Adrian, King of Crocodile tetapi bersyarat. Masing-masing punya agenda tersendiri. Setelah terlibat dalam kemalangan,Afinasedar dari koma tetapi dia menghidap amnesia. Dia masih ingat keluarga dan rakan-rakannya,tetapi tidak suaminya. Tetapi, apa yang pasti dia tahu bahawa Adrian adalah playboy tersohor dengan gelaran King!

Bagi Adrian, Afina sekarang jauh berbeza dengan Afina yang dulu. Afina sekarang adalah seorang yang kasar dan tidak lagi mudah dibuli seperti dahulu. Mereka sering bertegang urat hingga akhirnya memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati mereka.

Saat mereka asyik menyulam cinta,Afina harus pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, stelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya,dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya itu? Apakah atau siapakah yang memisahkan mereka berdua?

Afina: Playboy itu suami aku?! Biar betul!
Adrian: Aku sudah tidak percayakan cinta. Sehinggakan aku membenci wanita. 
Lalu, aku terus patahkan hati seorang demi seorang.
Aku puas begitu. Sehinggalah aku sedar yang aku sudah jatuh cinta
untuk kali kedua.

Ni lah novelisnya. Kecik molek orangnya, Comel jer.



Harga RM 24.00 ( Sem.Malaysia)
          RM 27.00 (Sabah/Sarawak)
Eksklusif di POPULAR BOOKSTORE atau PENERBITAN KAKI NOVEL.

Salam Sayang,
Tuan Punya Blog,
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ.

Wednesday, 6 November 2013

Final Exam !

ASSALAMMUALAIKUM

Esok dah bermulanya peperangan BESAR iaitu STPM bagi Penggal 3 bagi ekin.  Maka dengan esok (07/11/2013) akan bermulalah peperiksaan bagi subjek Pengajian Am (sidang pagi) dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif (sidang petang) untuk minggu ni. Sehari ada dua subjek tu. Then sambung pula pada minggu depan 13/11/2013 Rabu untuk subjek Bahasa Melayu dan terakhir pada hari Khamis 14/11/2013 untuk subjek Sejarah.  Ok, habis sudah untuk Penggal 3 punya exam. Fuhhh ! Lega lah sikit. 


TAPI.....

Ada lagi exam taw. Haaa! yang nie untuk yang reseat paper pulak. Nasib baik lah reseat paper hanya dua hari dan dua paper sahaja. 25/11/2013 untuk subjek Sejarah Penggal 1 dan 28/11/2013 untuk subjek Bahasa Melayu Penggal 2. Sesungguhnya memang berdebar sangat untuk reseat paper nie. Agak-agak soalan apa lah yang akan keluar nanti? hmmm. 

Oklah itu saja jadual peperiksaan ekin untuk bulan nie. Semoga diberi ketenangan untuk jawab peperiksaan. Semoga ALLAH SWT terangkan hati, tenangkan fikiran dan memudahkan ekin untuk menjawab semua soalan peperiksaan nanti. AMIN !!!

Kepada rakan-rakan seperjuangan STPM, semoga berjaya buat anda semua. Do the best ! Bitaufiq Wannajah :D Kita jumpa di IPT nanti, InsyaAllah.


Bila tak ingat akan sesuatu, gosok belakang tengkuk dan selawat. Then, pejam mata ingat kuasa Allah. InsyaAllah menjadi.. -via Ustaz Haron Din-

Salam Sayang,
Tuan Punya Blog.
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ.

Saturday, 2 November 2013

Terima Kasih Cikgu ! 。◕‿◕。

ASSALAMUALAIKUM

Hari nie ekin nak kongsi berita gembira. Nak tahu berita apa? Nie haa nak cerita pasal semalam, pasal sajak yang cikgu suruh buat tue. Semalam cikgu semak kami punya sajak yang berkisarkan tentang nelayan. Sajak tu kena buat untuk soalan pilihan dalam Bahagian A subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif untuk Penggal 3 nie. Soalan dalam Bahagian A ni ada dua soalan pilihan iaitu tanda pruf atau reka sajak. Selalu bila exam jer ekin mesti buat yang tanda pruf tue xpernah pun buat yang cipta sajak. Bila ada latihan dalam kelas ja baru buat. Lagi pun tanda-tanda pruf tu dah memang hafal dah dalam kepala. Kalau cipta sajak nie ekin cipta memang lama tambah bab nak cari tajuk lagi lah lama. Dah la masa nak cipta sajak tue cuma 45 minit ja, mana lah nak sempat buat kalau dah pikir idea pun lama kan. 

Dah berapa banyak latihan yang cikgu beri, semalam first time ekin dapat pujian dari cikgu taw. Cikgu bagi markah 20/25 dalam cipta sajak tue. Heee memang kembang setaman lah cikgu puji semalam. Cikgu cakap dah ada banyak peningkatan dan tak guna dah ayat cerita langsung. Selalu buat tue mesti ada ayat cerita ja. Heee TERIMA KASIH CIKGU !!! atas pujian tue. Senang hati ekin taw. Ekin rasa biasa-biasa ja sajak tue. Tambah-tambah bila tengok muka geng-geng yang selalu jeles dengan ekin tue mesti bertambah jeles lah diorang tue. HAHAHA *gelak jahat* Baru korang tahu betapa kuatnya aura aku, kan ND ? Hihihihi

Nah nie sajak ekin tue, korang bagi lah pandangan pulak. Selamat Membaca ! Selamat Menghayati !

Renungan Kehidupan 

Sepasang mata itu
Redup memerhati ku
Menceritakan perihal kehidupan
Menerbit sejuta persoalan
Memberi seribu petanda
Kepayahan mereka meneruskan hidup
Bertempur dengan gelora laut.

Di celah-celah kehidupan
Tak semua rezeki sama
Berperang aku di lautan
Itulah aku seorang nelayan
Peritnya kehidupan aku
Keluar tatkala dinihari
Pulang pabila sang suria
Melabuh tirai pelabuhan
Bersengkang mata itu
Bergadai waktu lena
Demi menyara insan tercinta
Biarpun terdampar di lautan.

Hari demi hari
Menjalani rutin harian
Memerah keringat tua
Biarpun dibanjiri renik peluh
Bahang dari mentari
Namun ia bukan penghalang
Demi mencari sesuap nasi
Menyara kehidupan serba naif
Keperitan pelita kehidupan
Pemangkin semangat kehidupan
Aku tak pernah lelah
Harungi semua ini
Itulah suratan takdir buatku.

Tatkala tengkujuh membadai
Aku hanya memerhati
Segala kewajipan terhenti
Lenyap di badai tengkujuh
Renungan itu menusuk kalbu
Buat aku merasa pilu
Dimana harus aku cari
Sesuap nasi buat mereka
Bingung aku memikirkan
Beratnya beban dipikul
Tatkala dibadai duri kehidupan.


Salam Sayang,
Tuan Punya Blog 
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ



Friday, 1 November 2013

Debaran November !

ASSALAMMUALAIKUM...

Sekarang ni dah masuk bulan November ! Diulangi November ya. Bermakna tinggal lagi sebulan kita bakal melangkah ke tahun baru iaitu 2014. Fuhhh ! cepatnya masa berlalu. Bak kata mama ekin "masa itu berlian" bukan nya emas dah. 


Bulan November ni juga merupakan bulan peperiksaan yang amat BESAR bagi ekin. Bulan nie dah nak exam STPM untuk Penggal 3. Jadi nie peperiksaan yang terakhir sebagai budak sekolah. 14 tahun menyandang jawatan sebagai budak sekolah taw. Bukan nya sekejap taw 14 tahun tue. 

Berdebar gila bila dah nak exam nie. 07 hb nie dah mula exam.Study pun x habis lagi. Macam mana nak jawab exam nanti lah. Hmmm. Lepas habis exam Penggal 3 ada pula yang exam Ulangan bagi Penggal 1 & 2. Yang nie pun ekin ada amik juga. Ulangan Sejarah untuk Penggal 1 dan Bahasa Melayu untuk Penggal 2.
Nasib baik lah lepas 2 minggu exam Penggal 3. Boleh lahh study lagi kan. 

Semoga dipermudahkan segala urusan ekin pada hari tue. Jadi korang doakan kejayaan ekin yea. Itu aja nak update. Hihihi

Salam sayang,
Tuan Punya Blog.

Monday, 7 October 2013

Tetap Menantimu - Nomad

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


Drama Love You Mr. Arrogant!

Assalammualaikum,
Lamanya tak updates blog, huh dah bersawang tue.
Ok lah tak nak mukadimah panjang-panjang, nak bagi tahu tu ja. HIHI XD.



Haaa nie nak cerita pasal novel Love You Mr.Arrogant karya kak Alieysa Kirana yang didramakan tue. 

Novel yang nie lah
Drama nie dah mula ditayangkan dah di kaca tv anda-anda semua pada 25 September 2013. Drama LYMA nie setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 petang - 8.00 malam slot Akasia TV3. Pelakonnya terdiri daripada Azlee Khairi sebagai Zariel Irham dan Zara Zyya sebagai Zara Amirah.
Hero & Heroin.

Ada lagi pelakon lain tapi tak ingat lah pulak nama diorang tue, cuma kenal muka saja, lagipon malas nak search. HIHI. Tapi yang bestnya  lagu tema drama nie best taw. Tetap Menantimu by Nomad. Tak percaya cuba dengar. Best kan ?


Ok lah itu saja yang nak disampaikan. Jangan lupa dating depan kaca tv taw setiap hari isnin hingga khamis jam 7 petang di TV3.