Pages

Thursday 27 February 2014

Pengalaman Pertama !

Assalamualaikum. Selamat Pagi. Fuhh ! dah lama tak update blog. Dah sebulan rasanya tak update, bersawang sudah. Muahaha. Harap korang semua sihat-sihat belaka yaks dengan cuaca yang agak panas membahang nie. Musim kemarau tu. Jaga kesihatan ye korang semua. Penting tu. Heee ok nak cerita pasal tajuk entri tu. Pengalaman Pertama ? Apa yang pertama sangat tu cik ekin oii. Kasi suspen sikit. Muahaha mohon bagi kaki sama tuan punya blog ni. Maaf terkasar bahasa lah pulak. Ampun ye. Nie haa nak cerita tentang pengalaman pertama aku bekerja. Kerja kilang je pun. Kilang Mattel. Ni lah tempat kerja pertama yang aku kerja selepas tamatnya persekolahan. Dulu habis form 5 xpernah kerja kat mana-mana pun, tahun nie baru tercapai impian nak kerja n pegang duit sendiri. Baru aku tahu betapa susahnya nak cari sesuap nasi. Kena bersengkang mata n stamina mau kuat. 




Sekarang dah sebulan aku n the geng kerja kat situ. Ada lagi dua bulan untuk kami kerja kat situ. Kami nie kontrak je. Kami semua kerja bahagian A&P ( Assembly & Packout ). Nasib dapat bahagian n shift yang sama. Kami pasang kereta mainan Hot Wheels. Kerja kat bahagian tu seronok tapi kena tahan telinga, sabar n kuat iman. Nak tahu sebab apa aku kata macam tu? Iyalah supervisor n leader kat situ garang belaka. Jadinya kena sabar. Kena kuat iman sebabnya kereta kat situ cantik n comel-comel belaka. Tiap-tiap minggu tukar model baru. Mau tak berkenan dihati. Kekadang ada jugak rasa nak bawak balik kereta-kereta tu tapi nasib baik iman masih kuat lagi. Tengok je lah yang mampu. Cari kat e-store tu xda pun. Hmmm. Tak berani nak angkat bawa balik. Takut terkantoi dengan pak guard n mak guard. Dah ler nak masuk n keluar kawasan kilang tu kena scan satu badan dulu dengan diorang semua tu. Cuma hari tu ada terpandang pekerja-pekerja kat situ bawa balik kereta tu. Ntah macam mana lah diorang tak kantoi dengan pak & mak guard tu. Rasuah kott. Wallahualam. 

Itu saja untuk entri kali ni, nak cerita panjang-panjang pun, tak taw nak cerita apa. Otak dah blank, ngantok punya pasal. Mata pun dah rabak, penangan kerja malam minggu nie. Minggu depan kerja petang pulak. Heh. Ada cerita best nanti aku update lagi. 
Salam Sayang,
Tuan Punya Blog 
ⓛⓞⓥⓔ ⓨⓞⓤ.

2 comments:

  1. nak tanya, mcm mana nak beli koleksi hotwheels dgn harga kilang? minta bntuan, boleh email di qaiser.syawal@gmail.com

    ReplyDelete
  2. nk tanya mcm mna dapat hw tayar getah
    boleh email.fadillahrahman_h_a_r_i_s@yahoo.com

    ReplyDelete